UNTUK SEBARANG PERTANYAAN BERKENAAN PRODUK, KLIK DISINI

DASAR PRIVASI DAN KESELAMATAN

PRIVASI

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pelanggan. Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan pihak ketiga untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. 

 

DATA PERIBADI

Pelanggan akan diminta mengemukakan maklumat peribadi seperti nama, alamat tempat tinggal dan e-mel untuk penggunaan perkhidmatan di laman web ini. Perkhidmatan tersebut adalah seperti penghantaran notis melalui e-mel, maklum balas laman web dan membuat penghantaran. Sebarang maklumat peribadi yang dikemukakan kepada laman web ini tidak akan didedahkan melainkan yang dibenarkan oleh undang-undang. 

 

MAKLUMAT TERKUMPUL

Tiada sebarang maklumat peribadi anda yang akan disimpan semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang anda putuskan untuk dikemukakan melalui pesanan penerbitan, penghantaran e-mel atau langganan perkhidmatan e-mel di laman web ini. Laman web ini hanya berkongsi maklumat anda dengan pihak ketiga sekiranya soalan anda berkaitan dengan pihak tersebut, atau sebaliknya sekiranya diperlukan. Laman web ini tidak mengumpul maklumat atau mewujudkan profil individu untuk pemasaran komersial. 

 

PINDAAN DASAR

Sekiranya terdapat sebarang pindaan pada dasar, ia akan dikemas kini di halaman ini. Pastikan anda sentiasa melayari bahagian dasar privasi dan keselamatan bagi memastikan anda sentiasa tahu tentang maklumat yang disimpan, kaedah dan waktu ia digunakan.